Get Audio+
Scan to download the app

Social News

Bazar Ramadan mahal? Menteri kata ‘pilihan di tangan pengguna’

today14 March 2024

Background


Dalam tempoh dua hari Ops Pantau di bazar Ramadan sebanyak 3,009 premis diperiksa dan 11 kes dibuka siasatan.

KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Armizan Mohd Ali, menasihatkan orang ramai menggunakan hak mereka dalam memilih harga berpatutan ketika membeli di bazar Ramadan.

Beliau berkata demikian selepas tular beberapa harga barangan di bazar Ramadan Taman Tun Dr Ismail (TTDI) yang dijual dengan mahal.