Get Audio+
Scan to download the app

Entertainment

Mesyuarat Naccol akan bincang isu kartel beras, kata Syed Hussin

today16 March 2024

Background


Pengerusi Naccol Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata kartel tersebut mengawal hingga 80% pasaran beras putih tempatan.

KEPALA BATAS: Terdapat kartel beras putih tempatan melibatkan empat hingga lima syarikat di negara ini yang dipercayai bertindak mengawal jual beli padi dan makanan ruji itu sehingga berlaku kekurangan bekalan di pasaran serta peningkatan harga.

Pengerusi Task Force (Kluster Makanan) Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (Naccol) Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata maklumat itu diperoleh hasil daripada libat urus yang dijalankan bersama pesawah, pengilang, pemborong, peruncit dan pengguna.