JOHOR BAHRU: Polis sedang mengesan seorang remaja perempuan 16 tahun dilaporkan hilang dari rumahnya di kuarters Hospital Temenggung Seri Maharaja Kulai, sejak 5 Mac.
Ketua Polis Kulai Tan Seng Lee, berkata Nurul Aina Najwa Abdul Fattah kali terakhir dilihat bapa dan ibu tirinya yang berusia 30an di rumah mereka sekitar 12.30 tengah malam, sebelum disedari hilang pada 6 pagi dan laporan polis dibuat pada 7 malam hari sama.
Beliau berkata, remaja bertubuh badan berisi, berkulit putih, dan memakai cermin mata itu merupakan pelajar di sebuah madrasah di Saleng, manakala bapanya bekerja sebagai pemandu ambulans dan ibu tiri merupakan guru tuisyen.
Bagaimanapun kedua-dua mereka tidak pasti pakaian terakhir dipakai remaja itu.
“Setakat ini pihak polis telah merakam percakapan ibu tiri remaja terbabit untuk membantu siasatan.
“Berdasarkan maklumat yang…