Lelaki Ini Kantoi ‘Belek’ Muka Dekat Cermin Kereta Orang, Tapi Reaksinya Pula Curi Tumpuan
Menerusi video yang dimuat naik oleh @lala_shl0818, kelihatan lelaki itu baru saja menundukkan sedikit badan untuk membelek mukanya di cermin kereta yang bertinted.Namun, apa yang menghiburkan adalah baru saja beberapa saat tiba-tiba tuan kereta menurunkan cerminnya dan bertanya kepada lelaki itu "buat apa tu bang?".Akibat malu dengan insiden itu, lelaki berkenaan spontan berkata "anjing, anjing" sebaik saja orang di dalam kereta dan juga teman wanitanya gelak.