Setelah Diberhentikan Kerja, Pramugari Ini Tekad Jual ‘Nasi Kukus Ayam’ Tepi Jalan
Ini merupakan detik yang paling sukar kepada semua pekerja syarikat penerbangan untuk menerima kenyataan. Walau bagaimanapun, Nur Shareen, seorang bekas pramugari syarikat MAS yang juga merupakan ibu tunggal ini berjaya bangun membawa diri untuk teruskan perjuangan hidupnya.Melalui satu ciapan daripada Twitter, pramugari ini menjual nasi kukus bersama ibunya di Senawang.