Masakan lauk-pauk Melayu juga disediakan di sini. Sup Gearbox merupakan highlight makanan pada bulan Ramadan. Bukan itu saja, menu seperti rojak pasembur, kerabu paru, sambal goreng, ulam dan pelbagai jenis sambal juga disediakan. Tidak dilupakan sate juga! Semuanya sedap-sedap belaka. Selain itu, lauk seperti ayam balado, udang sambal petai, pantin gulai tempoyak, daging gulai lemak dan lain-lain boleh didapati di sini juga. Pehh, memang onz!
1. Didihkan campuran serbuk kopi dan air dengan api perlahan. 2. Biarkan selama seminit kemudian tutupkan api. 3. Masukkan gula dalam jug yang bersaiz 1 liter. 4. Panaskan susu sehingga berbuih. 5. Tapiskan campuran kopi dan air tadi ke dalam jug. Kemudian, masukkan susu dan gaul sehingga sebati.
1. Untuk penyediaan butir nangka, campurkan semua bahan butir nangka. Kemudian, uli sehingga menjadi doh. 2. Selepas itu, ambil sedikit doh dan gentel secara membujur.3. Bentukkan semua doh seperti bentuk bujur. 4. Rebus doh di dalam air yang mendidih sehingga butir nangka timbul. 5. Angkat dan rendam di dalam air sejuk seketika. 6. Untuk penyediaan kuah pula, masukkan air, gula dan daun pandan. Kemudian, biarkan mendidih. 7. Perlahankan api dan masukkan sekotak... Click […]
1. Kisarkan bawang besar, bawang putih dan bawang merah sehingga lumat.2. Untuk kuah kari, panaskan minyak dalam periuk. Kemudian, tumiskan serai yang telah diketuk. 3. Selepas itu, masukkan dan tumis bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan serbuk kari dan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak. 4. Setelah itu, letakkan santan dan masukkan ayam. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. 5. Akhir sekali, masukkan tauhu kering dan fish cake ke dalam kuah. 6. […]