
PETALING JAYA: Bekas ahli majlis pemimpin tertinggi Bersatu, Faiz Na’aman yang memohon untuk menyertai PKR baru-baru ini menyifatkan teguran wakil rakyat parti itu, Hassan Karim, sebagai ‘rasional’.
“Teguran Hassan tersebut ada rasional. Jika saya berada di tempatnya pun mungkin saya akan menasihati kepimpinan parti,” katanya kepada FMT.
“Namun kita tidak boleh pukul rata atau buat sangkaan mudah dalam hal ini kerana tidak semua watak yang hendak menyertai PKR sama latar belakangnya.”
Semalam, Hassan berkata bekas pemimpin parti lain yang mahu sertai PKR perlu ditapis dan disemak terlebih dahulu latar belakang mereka.
Beliau mengalu-alukan pemimpin besar untuk menyertai PKR dengan syarat mereka jujur menerima dasar dan cita-cita PKR.
Hassan mengulas kenyataan Setiausaha Agung Saifuddin Nasution Ismail yang menjangkakan lebih ramai…