
KOTA BHARU: Lebih 300 penduduk di tiga kampung di Pasir Tumboh di sini kecewa bekalan air daripada Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) masih tidak berubah, walaupun tarif air baharu sudah dilaksanakan.
Lebih mengecewakan, masalah bekalan air semakin teruk sejak beberapa minggu sebelum Ramadan, menyukarkan penduduk melakukan aktiviti harian, termasuk memasak, membasuh pakaian, malah ada yang membina telaga tiub di kediaman masing-masing dan terpaksa mengeluarkan kos mencecah ribuan ringgit.
Penghulu Kampung Limbat, Bukhari Daud, 67, berkata penduduk sudah penat membuat aduan kepada AKSB yang bukan hanya tidak menyelesaikan masalah, malah terpaksa “menelan” jawapan pahit untuk diterima.
“Jawapannya termasuk mengulangi alasan sama seperti tahun-tahun sebelum ini, iaitu akibat kemarau dan berlaku kebocoran akibat…