
PETALING JAYA: Doktor yang dituduh melakukan gangguan seksual terhadap doktor pelatih di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh, membuat laporan polis semalam.
Ketua Polis Ipoh Yahaya Hassan, berkata pengadu berusia 43 tahun itu berbuat demikian susulan penularan surat layang di media sosial dianggap memburukkan namanya.
“Sehubungan itu, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian,” katanya menurut Kosmo.
Semalam, Pengarah Kesihatan Perak Dr Feisul Idzwan Mustapha, dalam kenyataan menegaskan pihaknya telah melancarkan siasatan berkait dakwaan gangguan seksual itu.
Katanya,…