
PETALING JAYA: Selepas timbul tanda tanya mengenai Ahli Parlimen Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mengambil bahagian dalam jelajah bersama Perikatan Nasional (PN), parti itu kini berkata ia komited untuk berfungsi sebagai “blok ketiga di dalam dan di luar Parlimen”.
Syed Saddiq, Ahli Parlimen Muar, adalah wakil tunggal Muda di Dewan Rakyat.
Dalam kenyataan, Muda berkata parti itu akan terus menjadi suara rakyat yang menekankan isu seperti kos sara hidup, peruntukan adil untuk semua Ahli Parlimen dan reformasi institusi yang masih tidak terlaksana.
“Muda sebulat suara, memberikan komitmen sebagai blok ketiga dalam dan luar Parlimen dan akan terus menjadi semak dan imbang kepada kedua-dua blok utama dalam politik Malaysia.
“Isu penyertaan Muda dalam acara yang tular telah…