
PETALING JAYA: Pindaan undang-undang melibatkan soal balas terhadap saksi kanak-kanak dikatakan “merugikan” tertuduh dalam kes jenayah, menurut seorang peguam.
Salim Bashir berkata, soal balas adalah ciri perbicaraan kes jenayah, dan menjadi alat mendedahkan kelemahan dalam keterangan diberikan.
“Peguam mesti memastikan kes anak guam mereka dibentangkan sepenuhnya tanpa rasa takut, dan dengan penuh semangat,” katanya kepada FMT.
Beliau mengulas pindaan yang diluluskan Parlimen tahun lalu terhadap Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak 2007 yang memberi mahkamah perbicaraan hak melarang soalan “tidak wajar” terhadap saksi bawah usia 18 tahun.
Salim tidak menafikan bahawa memberi keterangan di mahkamah amat mencabar untuk kanak-kanak.
“Bagaimanapun, wujud keperluan mengimbangi sistem keadilan jenayah. Fokus tidak patut hanya…