Malaysia Catat 5,725 Kes Positif Covid-19 Hari Ini, 16 Kematian Direkodkan
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, terdapat 16 lagi kes kematian dicatatkan pada hari ini dan menjadikan jumlah kumulatif adalah sebanyak 733.Sementara itu, sebanyak 3,423 pesakit pulih dan dibenarkan pulang, menjadikan jumlah keseluruhan angka sembuh 157,722 kes.